Sunday, April 18, 2010

mungkinkah pencarianku berakhir.

ya Allah... mungkinkah pencarianku sudah berakhir. terasa macam mimpi, kalau benar la ini mimpi tolong kejutka aku dari terus khayal dlam mimpiku ini.
mimpi apa?
mimpi berakhirnya penantian menunggu seorang insan yang sudi mnjadi teman hidup.
terasa terlalu cepat masa berlalu dan aku pula terasa seperti masih lagi belum bersedia utk semuani.cuma yg pasti dia yakinkan aku tentang masa depan yg bahagia insyaAllah.

aku merisik jugak pendapat dari teman rumahku tntang dia dan apa yg dia luahkan padaku... teman rumahku seakan menyuruh aku berfikir dan mengambil masa utk semua ni.

ilyan.. insyaAllah.. esok pija akan jumpa yan dan bertnya pendapat dia.

Ya Allah...
andai benar dia milikku jadikan dia yg aku inginkan....
dan jika dia bukan utkku....
kau jauh kan dia dari hati dan perasaan ku
kerana aku tak mahu hidupku dipagari benteng nafsu.
kau berilah aku kekuatan..
utk aku terus menongkah hidup yg masih berpanjangan.
amiiinn

Thursday, April 8, 2010

perpisahan

andai berpisah....
biarlah kembali bertemu..
andai hilang...
biarlah dicari...
andai pergi...
biarlah kembali....

perpisahan ini bukan kerana aku membenci,
bukan kerana aku mendendami..
dan bukan jua kerna aku mencurigai..
tetapi kerana aku Terlalu menyayangi...

Sunday, April 4, 2010

JiKa KaU jAdI bInTaNg JaDiLaH yG pAlInG tErAnG...
jIkA kAu JaDi MiMpI jAdIlAh YaNg PaLiNg InDaH...
jiKa kau jadi mentari JadiLah yang Paling KuaT pancaRan cahaya..
jIkA kAu MeNgEnAL AkU jAdIlAh YaNg TeRbAeK yAnG pErNaH aKu KeNaL...

CINTA TERAKHIR

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

seriBu satu KenaNgan

dah hampir 4 tahun aku di sini... bersama janji dan kasih syg ibu dan ayah.
akhirnya segalanya bakal berakhir dan kuharap sinar bahagia bakal menanti aku di hujung jalan,
alhamdulillah ya Allah... aku terlalu bersyukur diberi peluang berada di bumi ilmu ini.. sama2 menuntut ilmu dan mengharung lautan pengalaman bersama teman2.
terima kasih ayah ibu.. kekuatan yg telah kalian berikan amatlah aku hargai.

- insyallah aku akan tamat pengajian pada 5 mei 2010
semoga hari yg bakal aku tempuhi akan diberkati dan diredhai oleh mu Ya Allah

Wednesday, February 3, 2010

tentang die...

semua yang aku kenali tentang dia.. membuatkan aku rasa sedih dan rasa terpanggil untuk terus mengenali dia dan keluarganya..
bukan kerana simpati atau rasa sedih.. tapi kerana keprihatianan dan rasa perlu memberi pertolongan pada dia....
pernah aku bertanya, tentang solatnya... emmm tak pernah dia buat. terlalu simple dan mudah, tapi bagi dia terlalu berat dan payah. entahlaaah... mungkin hatinya tertutup utk kearah itu. tetapi ajakan dan suruhan aku kepadanya tak pernah terhenti.
kadang kala aku bertnya kenapalahhh allah temukan aku dgn dia.. makhluk yg tak pernah bersyukur dangan apa yg ada... hemm jawapannya.. ada dalam diri aku sendiri, allah itu hendak menguji kita samaada kita bersabar atau tidak dengan segala dugaan nya..
mungkin satu hari nnti dai akan berubah.. sapa tau. insyallah.

Thursday, January 21, 2010

Jumaat Yg MeMenatKAn

bile tibe je hari jumaat terasa penat sgt badan nih.. seperti menanggung beban beratus2 kg.
nak bercakap dgn org pon terasa tak berdaya, terasa penat sgt nak buka mulut. apelaa nak jadi dgn aku ni, nak kata sibuk sgt tak la jugak, tapi yg sebenarnyer aku tgh tertekan dgn kondisi aku nak siapkan tesis. aduhhhh tekanan sangat, bhn dah jumpe tapi tak tahu cmne nak tulis dan susun kan ayat tuu...
nasib baik ade dr mustaqim bagi guide sikit2 nampak la sikit dari hitam kelam sebelumnye ni,

muet... macam nak amek lagi nak dapatkan band yg cantik sikit.. tah laa.. taks empat laa.. minggu ni byk sangat kerja nak kena buat..

ape pon harap sag\nagt hujung minggu ni berakhir dgn gembira.

Tuesday, January 19, 2010

NiLai kePercayaan

percaya atau tak sesorang pada kita tak dapat diukur.... cuma dapat kita tahu bile mana ada sesuatu perkara yg terjadi yg membuat kan kita rasa kita hilang percaya pada dia.
teringat seorang kawan yg lansung tak mahu bercerita kisah sedihnya dgn ku... entahlah mungkin aku tak dipercayai sepenuhnya.
susah nk dapatkan kepercyaan org pada kita,
entahlaa.

Sunday, January 17, 2010

HadiAh DaRi Ayh dan mak


mak: salam...

aku: wslam.. mak sihat?

mak: sihat macam biase..

aku: k,.long balik cuti rye cina nnti.

mak: bawak ler balik barang2 yer, emm mak nk tnyer along biler hbs bljar.

aku: nper ader org mai masuk minnag ker? heheheh ketawa

mak: mak ngn ayah nak bli kereta kat along.

aku: emm waaa bestnyer..

mak: viva elite ok?

aku: ok.

mak:warner aper nak?putih ok tak?

aku:emmm cam tak best jer... emm nnti k.long survey dulu tgk macamner.

mak: ok

aku: k mak.. nk pi jumpa ustaz ni janji dgn ustaz tadi.

mak:ok, jaga diri.

kasih>sayang>cinta

kasih ituuu lebih kepada memberi...

sayang ituu mula tempat tunasnya rindu...

cinta membawa kita ke dunia berbeza, buang saudara buang ibu bapa....

lalu,

apa yg diertikan dgn kasih syg dan cita yg sejati...

ianya lahir dari hati nurani yg suci, ikhlas memberi, jujur mengasihi.....
mnyintai pada yg sah dicintai.

Kenal Diri

mawarhumaira menulis...
mawarhumaira membaca...
mawarhumaira menangis
mawarhumaira ketawa....
mawarhumaira kecewa...
mawarhumaira gelisah....
ada apa pada mawarhumaira.
kenali dirimu rapati Tuhanmu.....

keNanAGn laLu

satu pnggilan telefon cukup utk rungkaikan semua pertanyaan yg selama ni bersarang dalam hati aku
kawan lama teman dan sahabat sewaktu sama2 di terengganu.
dah masuk dua anak dia... bahgia bila dapat bercakap dgn dia... 4 tahun kami terputus talian, sibuk dgn anak2 katanya...
aku faham itulah tugas isteri dan anak...
byk cerita yg nak diceritakan smapai kami terdiam lama..... kelu tak berbicara.. lantas dia mengajak ku datang bermalam di rumahnya utk bercerita tntng kisah lama...
akan aku pertimbangkan apa yg dimintanya....
teman itu datang dan pergi... cuma yg tnggal hanaylah memori.
alhamdulillah

mencari Lelaki

macam kata ayah wktu aku di tingkatan 5, susah mencari lelaki yg baik....
lelaki yg baik tuu macmner?
macam ayah ke?
mungkin...
mcm ayah yg mengajar aku mgaji waktu kecil, mengajar aku bersolat di subuh hari, bermain batu selambut dgnku, memasak dgnku di dapur....
ade ke lagi lelaki yg mcm tuu kat dunia ni, ade jerrrr.... tapi mustahil akn berjumpa, aku nak cari dia (lelaki tu),
kata ayah jodoh tak perlu dicari, tapi utk nak kna yg terbaik kite mesti usaha kearah tuu.
buat masa ni biarla dulu dia mungkin sedang sibuk dgn kerja, mgkin jugak dia sdg mnnti aku... cuma masa dan kekuatan jodoh akan tentukan segalanya,
dia yg kucari...lelaki yang betul2 lelaki.

Thursday, January 14, 2010

pencaRian

letih benar kaki melangkah...
betul kata org ilmu tuu senang nak dicari tapi susah nak dimiliki.maksudnya hanya org yg ikhlas saja yg berhak mendapat ilmu yg selautan luas kat muka bumi Allah ni...
teringat wktu sekolah dulu, leka dgn kawan2 seasrama menikmati alam remaja, tetapi dalam suasana yg berbeza, ye laa bersekolah di sekolah agama yg berada jauh dari rumah membuatkan aku terasa seperti tidak disayangi oleh ayah, tetapi sebenarnya itulah kasih sayang ayah yg tak ditunjukkan tapi dizahirkan dgn cara itu... sekarang ni aku dianatara anak yg bertuah dapat terus berada dalam suasana islamiayah yg ayah aku bukakan untuk aku.

sekarang...
berbeza ayh tidak lagi seperti dulu membuat keputusan utk setiap permasalahan yg aku hadapi di sini, alhamdulillah dalam setiap orak aku mencari ilmu dan berjalan ke arah itu aku masih lagi berada di landasan yg benar..... syukur alhamdullilah.

ilmu inilah yg akan aku guna kan urtk masa depanku.

Wednesday, January 6, 2010

CeRita TEntANg diA

semalam,
dia membaca lagi sendiri huruf-huruf itu, berulang kali tanpa henti. alhamdullilah akhirnya lengkap 1 mukasurat selesai dibacanya. lunak suaranya mengeja dan membaca cukup menyentuh hati ku seorang anak.
"kalau kak long dah balik asrama nnti susah la mak... tak de sape nak tengokkan mak ngaji Quran. banyak ni yang tak reti lagi... nak baca betoi pon susah," mata ibuku redup sayu memandang kearah Naskah Quran lama di tangannya.
"tak pa.. mak kan dah buleh mengeja huruf yang bersambung pon mak dah kenal kan sikit-sikit... insyallah buleh.. tapi mak jgn tinggal terus baca selalu"
"mak tak tinggal, ni la bekal mak.... dah dulu byk sangat buang masa buat kerja.. jg anak-anak.. nila masa subsidi yg masih ada kat mak."
"masa subsidi... emmm mak ni, takut kak long dengar" aku menjawab
nnti balik ni ajaq mak doa-doa pulak taw... nak tunggu adik balik susah, dia nak spm.. rasa macam menggangu dia."
"ha nnti kak long balik kita baca lagi sama-sama"
perbualan terhenti, suara imam dari surau jelas dengar...
"ayah tuu jadi imam..."
"jom mak kita isyak.. jap lagi nak makan pulak lapaq dah."

kenangan yang tak terhenti seperti perbualan yg terhenti....terlalu besar nilainya utk diertikan dengan kata-kata. seperti mana ibu mengajar aku berjalan.. menyuap aku makanan seperti itu juga aku akan cuba kenalkan dia dengan Al-Quran. ini janji aku.

Tuesday, January 5, 2010

LebiH meMberi Utk MErasA

dalam kehidupan ni, terlalu byk yang manusia pentingkan sampaikan kadang kala melupakan perkara yg paling mudah dan paling ringan kosnya utk dijadikan sebagai hadiah dan diberikan kepada manusia lain. mungkin semakin hari nilai kemanusiaan dalam diri manusia tuu sendiri sudah mula pudar dan hilang dibawa arus kemodenan dan arus keperdanaan dunia...
perkara yg paling mudah memberi ruang tempat duduk pada yg lebih memerlukan sudah dilupai oleh generasi sekarang, first come first serve itu jer yg ade dalam benak dan fikiran diorang, pernah satu ketika aku menolong seorang makcik yg sarat dua belah tangannya membawa beg dan satu bakul yang ada dalam tuu sayur2.. byk sgt dan memang nmpak berat. so aku tawarkan diri utk bantu dia.. lepas je turun dari jejambat dia berkali-kali ucapkan terima kasih dengan wajah yg cukup berseri dan bersinar. alhamdulillah mungkin aku ditemukan dgn dia utk ditambahkan lagi pahalaku menggantikan dosa kecik yg masih bersisa.
pointnyer kat sini... memberi dalam konteks yg sebenar bukan lah bermaksud utk kita gadai dan berikan something yg need to be valueable, islam dah terangkan dan nabi jugak dah guidekan benda mudah nak dapat pahala dangan memberi iaitu senyuman. senyum pada setiap insan yg kita jumpa dalam satu hari kita dah collect banyak sgt pahala sedekah dan secara automatik dapat decrease dosa dosa kita. susah ke utk mengukir senyuman? emm tepuk dada tnya iman... tepuk dada tanya perasaan.

Monday, January 4, 2010

BELajAr MemPERCAYAi

"adik kat sekolah hari ni macammana?" tula soalan yg pertama sekali akan ku tanya pada adik bongsuku yang berada di asrama.
dan jawapannya ok alhamdullah.. macam best je baru nak start ni. well in my mind also dah set ok la kot adik aku nnti. tapi jauh di sudut hati aku terasa tanggungjawab yg ayah dan mak berikan untuk look after her tuu berat sangat, sekadar untuk mempercayainya pun aku rasa macm susah.. betul ker dia masuk kelas? betulker dia ke pekan dgn kawan2 atau dia buat somethings wrong behind ayah n mak.... macam2 persoalan.
tapi sebenarnya belajar untuk mempercayai dia dan berikan ruang utk dia belajar erti kesalahan pun penting.
cuma utk melepaskan dia dan mengaggap bahawa dia dah dewasa cukup susah bagi aku.
.... adik.. kak long sayang sgt kat adik....